Kita perlu tahu bahawa keperluan optimum bagi kita adalah seperti berikut :
Apa akan berlaku jika seseorang itu makan atau mengambil kalori melebihi dari keperluan harian yang sepatutnya?
Setiap 8,000 kalori yang terkumpul dan tidak
ditukarkan kepada tenaga (tidak dibakar) akan menambah 1 kilogram berat badan.
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh
kita memerlukan kalori untuk menjana tenaga. Tetapi jika kalori diambil
(dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan
disimpan dalam badan.
Ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan jika
dibiarkan berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan.
Bagaimana nak tahu kalori makanan yang dibeli?
Kebanyakan produk makanan yang terdapat di pasaran memaparkan maklumat
berkaitan kandungan nutrisi dan kalori pada bungkusannya yang biasanya diletak
di bawah tajuk ‘maklumat pemakanan’.
Bagaimana nak kira kalori?
Bagaimana nak kira kalori?
Secara asasnya, jumlah kandungan kalori dalam makanan
juga boleh ditentukan dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan
nombor pekali yang disenaraikan.
LEMAK : Setiap gram didarab dengan 9 bagi setiap gram.
KARBOHIDRAT : Setiap gram didarab dengan 4 kalori bagi
setiap gram
PROTEIN : Setiap gram didarab dengan 4 bagi setiap gram
Sebagai contoh, sekeping roti mengandungi 0.8 gram
lemak, 12.3 gram karbohidrat dan 2.3 gram protein.
Maka, contoh pengiraan kalori berdasarkan formula di atas memberikan jumlah kalori sekeping roti :-
Maka, contoh pengiraan kalori berdasarkan formula di atas memberikan jumlah kalori sekeping roti :-
Lemak —-> 0.8 x 9 = 7.2 kalori
Karbohidrat —-> 12.3 x 4 = 49.2
kalori
Protein —-> 2.3 x 4 = 9.2 kalori
Jadi, 7.2 + 49.2 + 9.2 = 65.6 atau 66
kalori
Kesimpulannya, apabila kita mengambil sesuatu makanan, kira kalori makanan kita. Pastikan tidak melebihi keperluan seharian kita. Elakkan obesiti kerana ia punca penyakit seperti penyakit darah tinggi, sakit jantung, diabetes dan lain-lain.