Kita
semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak
and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan –
kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut?
Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?
1. Nasi Lemak.
Kegemaran
setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi
karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur
rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori.
Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240
kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan
tak?
2. Roti Canai.
Paling
senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan
dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru
hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa?
Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min
barulah bakar 600 kalori.
…
bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min
barulah bakar 600 kalori…
3. Nasi Goreng.
Biasanya
satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula
dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang
seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak
makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.
4. Ais krim.
Ais krim memang
sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari
setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua
scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?
5. Burger Ramly.
Sebenarnya
bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar
tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya
makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak
agak berapa kalori?
Untuk
rujukan burger Burger King. Lebih 1000kcal.
6. Mee kari.
Hidangan
mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau
teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.
7. Makanan bergoreng.
Rata-rata
kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori.
Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9
kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh
kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)
8. Susu Pekat Manis.
Susu
penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan
walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang
kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi
dalam 60kcal.
…Satu
sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
9. Roti Manis dan Donut.
Kadang
kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi
roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak
dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal. 6 Donut mengandungi dalam 1200kcal.
… tahukah
anda bahawa 1x donut biasa mengandungi 200kcal! Kalau makan separuh dozen dah
1200kcal!! …
10. Mayonis.
Suku
cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda
penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!
Sebenarnya
makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda
berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa
mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh
consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.
Jadi anda
harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga
berjaya!
0 ulasan:
Catat Ulasan