Pages

Rabu, 21 Mei 2014

Mengapa Kita Perlu Tahu Tentang Kalori dalam Makanan Kita


Kita perlu tahu bahawa keperluan optimum bagi kita adalah seperti berikut :

Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori















Apa akan berlaku jika seseorang itu makan atau mengambil kalori melebihi dari keperluan harian yang sepatutnya?
Setiap 8,000 kalori yang terkumpul dan tidak ditukarkan kepada tenaga (tidak dibakar) akan menambah 1 kilogram berat badan.

Apa sebenarnya kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menjana tenaga. Tetapi jika kalori diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan.
Ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan jika dibiarkan berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan.

Bagaimana nak tahu kalori makanan yang dibeli?
Kebanyakan produk makanan yang terdapat di pasaran memaparkan maklumat berkaitan kandungan nutrisi dan kalori pada bungkusannya yang biasanya diletak di bawah tajuk ‘maklumat pemakanan’.

Bagaimana nak kira kalori? 
Secara asasnya, jumlah kandungan kalori dalam makanan juga boleh ditentukan dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.
LEMAK : Setiap gram didarab dengan 9 bagi setiap gram.
KARBOHIDRAT :  Setiap gram didarab dengan 4 kalori bagi setiap gram
PROTEIN :  Setiap gram didarab dengan 4 bagi setiap gram
Sebagai contoh, sekeping roti mengandungi 0.8 gram lemak, 12.3 gram karbohidrat dan 2.3 gram protein.  

Maka, contoh pengiraan kalori berdasarkan formula di atas memberikan jumlah kalori sekeping roti :-
Lemak —->   0.8 x 9 = 7.2 kalori
Karbohidrat —->   12.3  x 4 =   49.2 kalori
Protein —->  2.3 x 4 =  9.2 kalori
Jadi, 7.2 + 49.2 + 9.2 = 65.6  atau  66 kalori

Kesimpulannya, apabila kita mengambil sesuatu makanan, kira kalori makanan kita. Pastikan tidak melebihi keperluan seharian kita. Elakkan obesiti kerana ia punca penyakit seperti penyakit darah tinggi, sakit jantung, diabetes dan lain-lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan